HIDUP MENCARI BEKAL
Sedia ka tak? cukup ka tak? Dan ke tak? Aci ka tak? Banyak ka sikit? pakat- pakat jawab sendiri la nooo...
Tuesday, November 29, 2011
AJAL DI TEMPAT WUDUK
KULIM: “Pada mulanya saya hanya menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang, tetapi terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dalam keadaan telentang di situ,” kata Hishamsul Osman, 42, apabila menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam. Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa. Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing. “Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit. “Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian. Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama. “Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya. “Ini pertama kali saya melihat mayat mangsa pembunuhan dan tidak sangka keadaan sunyi rupanya petanda perkara buruk berlaku,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi. Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an. “Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa. “Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam). “Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek,” katanya. Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran. HM
Wednesday, November 9, 2011
Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi?
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.
Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.
Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.
Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.
Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Bayar RM400 juta sebulan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.
TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.
Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.
Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi.
Kisah di surau kecil
Oleh : AdukaTaruna
[1]
Member gua buat makan2. Solat hajat sekali la kat rumahnya. Sempena adik perempuannya mahu menjalani pembedahan. Lepas Isyak semalam.
Mase dedulu, gua la yang paling malas solat hajat ni. Nak2 lepas solat Jumaat, imam umumkan ada solat hajat untuk sekian tujuan. Gua angkat kaki. Ca alif but. Sebelum bersesak2 nak keluar dari masjid, baik gua blah awal.
Lepas menjalani satu perasaan betapa berharapnya Allah memudahkan, menyempurnakan kelahiran anak dan isteri gua, ianya meninggalkan satu kesan mendalam. Sejujurnya, gua tak tahu kesan tu berapa lama bertahan. Tapi inilah tajuk N3 kali ni. Tentang solat hajat.
Dulu, semasa ingin menyambut kelahiran, gua pun solat hajat. Sama ada gua dan isteri, gua adik-beradik, mau pun jemaah surau. Kini, bersyukur sangat isteri mudah bersalin. Tak perlu masuk ubat, tak perlu pembedahan. Baby sihat. Mata buka sebaik sahaja keluar dari laluan. 3 hari sudah boleh angkat kepala. Tak kena kuning. Jarang sangat menangis (setakat ini). Alhamdulillah.
[2]
Sejak dari itu, apabila ada pengumuman solat hajat selepas settle solat Jumaat, gua rasa terbuka untuk sertai sama. Sebagai tanda tq gua kepada pencipta gua dan Khai Muhammad Taruna.
Kembali kisah surau kecil di tempat gua, semalam berlaku sedikit perbincangan hangat. Selepas Isyak ada 2 rumah memerlukan jemaah surau. Ayah member gua (pakcik A), berharap jemaah solat hajat di rumahnya. Pakcik B pula berharap jemaah tahlil di rumahnya. Pakcik B tempah dulu.
Jemaah surau mencadangkan mereka dibahagikan kepada 2. Satu ke rumah A, satu lagi ke rumah B. Ostad tua tu keberatan sebab jemaah ada 48. Ostad tu berharap solat hajat berjumlah 40 orang.
Ostad tua tu memberi cadangan solat hajat di surau. Makan di rumah Pakcik A, dan terus tahlil di rumah Pakcik B. Siapa boleh makan lagi, makanlah di rumah Pakcik B. Pakcik A keberatan. Sebab dia nak solat hajat di rumahnya.
Ostad tua cakap solat boleh di mana2. Tak semestinya di rumah. Pakcik A cakap dia dah pinjam sejadah surau. Dan siap bentang kat rumahnya. Then ostad tua mencadangkan, Isyak di surau, solat hajat di rumah Pakcik A, makan, tahlil di rumah Pakcik B, dan makan.
Pakcik B sedikit bekeng walau tua dan dah bertongkat. Dia kata dia tempah dulu. Tak nak banyak. Ada 10 orang jadilah. Janji Ostad tua tu ke rumahnya.
"Mu mari rumoh pokcik deh." Pakcik tu sound gua sebab gua duduk sebelah dia time tu. Lagi pun anak dia kerja KTMB Seremban. Dia pulak bekas askar Kem Paroi dulu (skang dah takda kem kat Paroi). Gua senyum jer la.
Melihatkan perbincangan memasuki era panas, ostad tua tu mengalah. Jemaah dibahagi 2. Dia ke rumah Pakcik B. Then Isyak sama-sama. Lepas Isyak, gua ke rumah Pakcik A. Bukan rumah Pakcik B. Kah3..
1. Sebab gua tak setuju akan ritual tahlil.
2. Sebab tu rumah kroni gua.
Mesti Pakcik bekeng B berbulu dengan gua. Tak tahu la sok2 dia jumpa gua kat surau. Ngeee...
P/s : Payah Melayu tua2 ni kalau bermesyorat bai.. bendanya mudah jer. Simple
Monday, November 7, 2011
Memilih tanggal 11 Nov 2011 : Tahniah adinda ku
Hari ini 8 Nov 2011, lagi 3 hari menanti tarikh yang ditunggu ramai. Ada ramai manusia yang ingin merakamkan tarikh ini untuk saat paling indah dalam hidup mereka. Ada beribu- ribu keluarga yang telah mendaftar untuk cuba melahirkan anak pada tarikh ini. Ada yang ingin memulakan perniagaan pada tarikh ini. Ada yang nak bertunang dan kahwin.
Termasuklah adidanda bongsu ku, Jawariah Abdul Rani yang akan diijabkabulkan dengan pasangan beliau Farid Johari ,pada tarikh ini Insyaallah.
Buat mereka- mereka yang sewaktu dengannya cuba baca posting ini sebelum saat itu tiba. Mudah- mudahan menjadi panduan untuk kalian.
DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA
Pada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Malam pertama menjadi kenangan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Jika mahu kebahagiaan berumahtangga itu kekal ke anak cucu. Jadikan malam yang seterusnya seperti malam pertama yang dahulu. Mungkin tidak akan sama kerana keghairahan itu semakin malap kerana ditelan usia seperti penulis yang sudah 25 tahun berkahwin. Tapi kenangan itu tetap kekal dalam ingatan.
Mungkin banyak pasangan yang sudah lama berkahwin apabila nak bersama sudah tidak lagi membaca doa sebelum bersetubuh kerana mungkin sudah terlupa doa tersebut. Sekurang-kurangnya bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.
Malam pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin diingatkan selalu membaca doa sebelum berjimak untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan main hentam semacam bila naik "syeikh".
Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa
Yang bermaksud:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.
Doa Sebelum Berjimak

Ertinya:
Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.
Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.
Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.
Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-
* Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
* Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
* Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
* Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
* Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
* Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
* Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
* Keselesaan dalam hubungan kelamin.
* Kesederhanaan.
* Mensyukuri nikmat.
* Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.
Tuesday, November 1, 2011
Makna Alhamdulillah

Alhamdu = pujian terhadap suatu kebaikan yang didasari oleh ikhtiar.
Allah memiliki prestasi yang tak mungkin disamai oleh manusia. Allah SWT dipuji atas keindahan nama-namaNya dan kebaikan perbuatanNya. Dalam Qur’an pujian terhadap Allah seperti dalam QS. 14: 39, QS. 27: 15 dan 93.
Alasan Allah dipuji:
- Allah Maha Pembuat Prestasi [40:62]
- Allah Maha Indah dalam nama-namaNya [20: 8, QS 7:180]
- Allah maha baik dalam perbuatannya [32:7)
- Allah mencipta segala sesuatu berdasarkan pengetahuan iman kehendaknya [ 20: 111]
Makna Robbul’ alamin
• Rabb = Pemilik yang mengatur urusan hambaNya .
• Al-’Alamin= apa yang diketahui, berarti alam manusia dan jin dan kelompok-kelompok mereka 17. 80 dan 3: 42] .
• Sekurang-kurangnya harus ada 4 kata sekaligus untuk dapat menterjemahkan Rabb secara tepat dan sempurna, yaitu:
1. Allah sebagai Pencipta [2: 164]
Manusia tidak mencipta, ia hanya merekayasa, membuat dan menyusun. Manusia membuat sesuatu karena diilhami oleh fenomena ciptaan Allah, contoh helikopter yang diilhami oleh capung, sistem radar yang diilhami oleh cara kelelawar terbang di gua gelap. Sekalipun ia merekayasa atau menyusun bentuk baru pasti bahan bakunya diambil dari ciptaan Allah juga. A11ah sebagai pencipta menantang manusia untuk menciptakan lalat, dalam QS.15:73.
2. Allah sebagai Pemilik [14:2] Siapa yang mencipta pasti memiliki. Aksioma ini tidak berlaku bagi manusia, tapi berlaku mutlak bagi Allah SWT, karena Allah SWT mencipta atas iradat dan kehendakNya sendiri. Allah Pencipta dan otomatis Allah sebagai Pemiliknya.
3. Allah sebagai Pemelihara [15:9]
Allah memiliki sesuatu yang ia ciptakan sendiri, oleh karena itu Ia tidak akan lalai untuk menjaga dan memeliharanya.
4. Allah sebagai Penguasa [15:16-27]
Allah adalah sebagai Pencipta, Pemilik dan sekaligus Pemelihara atas alam semesta ini, tentu saja Dia adalah Penguasa mutlak atas semua yang ada di dalamnya. Apabila ada satu saja urusan atau aturan yang dilakukan atau diberlakukan oleh manusia secara nyata-nyata bertentangan dengan aturanNya, berarti manusia telah subversif kepadanya. Nauzu billaahi min dzalik!
Wednesday, October 12, 2011
Penafian Neil Armstrong Memeluk Agama Islam
Satu dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejarah yang tidak pernah dibayangkan manusia dicipta angkasawan berkenaan. Sembilan belas minit kemudian, Edwin Aldrin menyertai Armstrong, manakala Michael Collins mengawal pesawat induk, Columbia.Sebelum itu, pada 16 Julai 1969, jam 9.32 pagi waktu timur Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga angkasawan AS itu menaiki roket Saturn V dan berlepas ke angkasa lepas dari Cape Kennedy, Florida. Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!
“Itu adalah langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu loncatan jauh bagi manusia keseluruhannya,” kata Armstrong sebaik menjejakkan kaki ke permukaan bulan.
Armstrong, 79, yang pernah berkunjung ke Malaysia sempena Forum Kepemimpinan Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2007.
Sejak sejarah itu tercipta 36 tahun lalu, masih ada yang menganggap projek Apollo 11 satu penipuan. Pentadbiran Aeronautik dan Pentadbiran Kebangsaan (Nasa) AS dikatakan tidak berkeupayaan menghantar angkasawan ke bulan. Sebaliknya angkasawan berkenaan dikatakan ‘mendarat’ di atas sebuah pentas khas rahsia yang terletak 342 kilometer dari Las Vegas.
“Projek Apollo 11 adalah secara menyeluruh dan dijalankan dengan sedaya-upaya. Ia juga terlalu sukar. Malah, ia projek paling lama dan termahal. Namun, perkara yang lebih menyukarkan ialah apabila ia dikatakan satu penipuan.
“Dalam penerbangan kapal angkasa, kami tidak mempunyai pilihan, tetapi perlu berhadapan risiko sebenar. Kami percaya kami boleh menyelesaikan misi yang dianggap mustahil oleh sebahagian besar masyarakat,” kata Armstrong yang menyifatkan permukaan bulan seperti arang.
Selain itu, cerita menarik mengenai Armstrong ialah apabila beliau dikatakan sudah memeluk Islam. Ia sudah tersebar sejak 15 tahun lalu dan Armstrong dikatakan mendengar azan ketika di bulan yang mendorong beliau memeluk Islam.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.
“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.
Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.
“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.
Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.
Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.
Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.
Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.
Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.
Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.
Namun, segalanya berkemungkinan. Mungkin beliau terpaksa menyembunyikan keislaman beliau kerana desakan daripada Amerika Syarikat sendiri. Kita telah melihat bagaimana nasib yang diterima oleh Michael Jackson yang mempunyai pengaruh yang besar kepada dunia cuba menzahirkan keislamannya. Hanya sehari lagi sebelum beliau menyatakan keislamannya kepada dunia dalam konsert meganya, beliau dibunuh dengan penuh konspirasi. Nasib ini mungkin berulang kepada Neil Amstrong jika beliau benar-benar Islam dan menyatakan keislamannya kepada umum. Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)